Friday, February 1, 2019

Bab 2: Pilihan Lokasi

Bagaimana untuk memilih lokasi? Negara mana yang ingin kita lawati? Dalam negara atau luar negara? Pening juga kan untuk memilih tempat yang ingin kita lawati.

Saya berikan tips untuk mudah kita membuat keputusan

Berapa bajet yang kita peruntukkan untuk percutian? RM1000 ,RM2000 , RM3000 , RM9000 seorang atau jumlah yang lebih tinggi atau rendah? 

Apa yang anda harapkan? Adakah anda hanya ingin melihat pemandangan yang cantik tanpa gangguan arus pembangunan? Adakah anda hanya berminat melawat bandar-bandar metropolitan dengan taman-taman temanya yang terkenal? Adakah anda peminat 
tempat-tempat bersejarah dengan keindahan seni ukir bangunannya. Adakah beruang koala, kanggaru, beruang panda, ikan paus, beruang kutub menjadi tarikan utama untuk anda menjejakkan kaki ke negara tersebut? Adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia melawat negara-negara empat musim semata-mata untuk merasai sendiri bermain salji di negara orang. Mungkin juga anda adalah golongan yang hanya ingin bercuti bagi merehatkan minda tanpa terlalu cerewet memilih lokasi tempat percutian.

Saya andaikan kita semua ingin melawat negara-negara luar seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Australia, Korea, Japan, Morocco, Spain, Eropah dan lain-lain lagi kerana sekiranya kita berniat melawat negara sendiri, saya yakin kita tidak akan menghadapi sebarang masalah memandangkan bahasa pertuturan dan matawang yang digunakan adalah sama. Sebarang masalah atau kesulitan, boleh dirujuk serta-merta dari orang-orang tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di lokasi-lokasi atau destinasi-destinasi pilihan juga menentukan pilihan dan minat kita. Ada di antara kita yang berminat melihat Taman Tulip yang cukup terkenal di Turki dan Holland.Ada yang berminat dengan aktiviti membeli-belah terutamanya di Vietnam, Hong Kong, Tokyo, Seoul, New York dan China. Ada juga antara kita yang berminat dengan budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat contohnya masyarakat Jepun. Pada masa kini, anak-anak muda dan pelajar-pelajar begitu asyik dengan budaya Kpop dan Kdrama yang kini menular di seluruh dunia. Kita duduk sebentar dan cuba bayangkan kita di luar negara, apa aktiviti yang paling anda ingin lakukan di sana.

Ada negara yang mewajibkan rakyat Malaysia memohon visa sebelum boleh memasuki negara-negara tersebut contohnya Australia, China, India, Kazakhstan, Morocco, Russia dan lain-lain lagi. Sekiranya kita menggunakan khidmat agensi pelancongan, urusan permohonan visa akan diuruskan sepenuhnya oleh agensi pelancongan tersebut. Jadi tidak timbul isu, 'naik turun' pejabat kedutaan untuk melancong ke negara-negara terbabit. 

Tempoh lawatan yang diingini contohnya 4 hari 3 malam, 5 hari 4 malam, 7 hari 6 malam, 9 hari 7 malam, 11 hari 7 malam dan lain-lain tempoh lawatan kadangkala memainkan peranan penting dalam pemilihan lokasi lawatan. Ini bergantung kepada jumlah cuti yang diluluskan oleh majikan masing-masing terutama kepada mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan. Kadang-kadang, pilihan lokasi adalah ditentukan oleh bilangan hari cuti yang diluluskan oleh majikan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Bab 2: Contoh-contoh Itinerari Pakej Pelancongan Yang Menarik

A. Lawatan Kundasang Kinabalu  (5 Hari 3 Malam) Hari 1 Kundasang Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Bertolak ke K...