Tahukah anda yang kita perlu memohon visa untuk masuk ke negara-negara tertentu? Ada lebih 80 negara dari seluruh dunia yang mewajibkan penggunaan visa untuk masuk ke negara mereka. Negara-negara seperti Australia, China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat mewajibkan pelancong-pelancong memohon visa dan mendapat kebenaran sebelum dibenarkan memasuki negara-negara tersebut.
Visa adalah dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah negara yang membenarkan seseorang untuk masuk ke negara terbabit, tinggal dalam jangkamasa yang dibenarkan contohnya 3 bulan atau 12 bulan dan untuk tujuan tertentu contohnya untuk lawatan, menunaikan haji atau umrah, perniagaan, bekerja, perubatan, penyelidikan, transit dan sebagainya. Visa biasanya dicop atau ditempel pada pemegang passport dan kadangkala dalam bentuk dokumen.
Visa terbahagi kepada beberapa kategori:-
1) Visa Sekali Masuk
Visa yang membolehkan pemohon untuk masuk sekali sahaja ke negara tersebut dan
terbatal dengan sendirinya sebaik sahaja pemohon meninggalkan negara yang
dikunjungi. Biasanya, jangkamasa tidak melebihi 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.
2) Visa Dua Kali Masuk
Visa yang membenarkan pemohon masuk dua kali ke negara tersebut dalam tempoh
masa 6 bulan.
3) Visa Beberapa Kali Masuk
Visa yang membenarkan pemohon untuk keluar masuk beberapa kali ke negara terbabit
dalam jangkamasa waktu yang dibenarkan. Selalunya, tempoh masa yang dibenarkan
adalah 6 hingga 12 bulan.
4) Visa Transit
Visa ini hanya membenarkan pemohon untuk singgah dalam waktu yang sangat singkat
untuk ke destinasi yang seterusnya. Visa ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-
i) Tempoh kebenaran untuk berada di lapangan terbang yang sama selama 24 jam atau
ii) Tempoh kebenaran untuk menukar terminal dan lapangan terbang dalam masa 48
jam.
5) Visa Semasa Ketibaan /Visa On Arrival (VOA)
Visa ini mewajibkan pemohon untuk memohon visa sebaik sahaja tiba di lapangan
terbang negara yang dikunjungi. Semua urusan seperti beratur di kaunter visa, membuat
pembayaran dan mendapatkan cop dan urusan tempel di dalam pasport perlu dilakukan
sebelum melepasi pihak Imigresen. Contoh-contoh negara yang menawarkan visa ini
adalah seperti Bahrain, Jordan, Maldives, Nepal dan Palau.
5) eVisa
Aplikasi atas talian yang membolehkan pemohon iaitu warga asing untuk memohon visa
secara dalam talian. Negara-negara seperti India, Kuwait, Myanmar, Malaysia, Sri Lanka
dan Oman menyediakan kemudahan aplikasi ini.
Sebelum anda memohon visa, pastikan anda tahu tujuan anda memohon visa tersebut . Ini adalah bagi mengelakkan permohonan visa anda ditolak. Visa-visa lain yang sering dipohon adalah seperti Visa Pelancong, Visa Pelajar, Visa Pekerja, Visa Imigran, Visa Peniaga, Visa Diplomatik, Visa Umrah, Visa Haji dan berbagai-bagai visa lagi.
Anda boleh memohon visa di Pejabat Kedutaan , Pejabat Konsulat atau secara dalam talian mengikut tatacara yang dibenarkan oleh sesebuah negara.
1. CONTOH PERMOHONAN VISA KE AUSTRALIA
Australia mempunyai sistem permohonan visa elektronik yang paling canggih di dunia pada ketika ini yang dikenali sebagai Visa Pihak Berkuasa Perjalanan Elektronik atau ETA (Electronic Travel Authority). Ia menggantikan label atau cop yang selalunya ditempel di dalam pasport. Pemohon hanya perlu mengisi borang permohonan yang ringkas yang mempunyai pautan dengan nombor pasport pemohon.
Sistem permohonan ini membenarkan pemohon masuk dan keluar berulang-kali dalam jangkamasa setahun ke Australia atas sebab pelancongan dan urusan perniagaan. Pemohon dibenarkan tinggal di Australia sehingga 3 bulan pada setiap kali lawatan.
Cara-cara memohon
1. Mengisi permohonan dalam talian
https://www.eta.homeaffairs.gov.au/ETAS3/etas
2. Masukkan maklumat pelancongan dan pasport pemohon
3. Membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit (AUD 20= RM 58.15)
4. Jangkamasa memproses ETA adalah lebih kurang 2 minggu.
2. CONTOH PERMOHONAN VISA KE CHINA
Langkah pertama adalah menentukan visa yang ingin dipohon sama ada:-
1. Visa sekali masuk iaitu masuk sekali sahaja ke China dan sah dalam masa 3 bulan
2. Visa dua kali masuk iaitu dua kali masuk dalam masa 6 bulan
3. Visa beberapa kali masuk iaitu beberapa kali masuk dalam masa 6 hingga 12 bulan.
Langkah kedua adalah mencetak borang visa China dan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan secara manual di http://www.china-embassy.org/eng/visas/fd/ web
atau
mengisi maklumat yang diperlukan secara online dan mencetaknya setelah selesai
di https://www.pdffiller.com/jsfiller-desk10/?projectId=265848965&expId=4512&expBranch=1#cd25da3a0b3a4baf8f580463e8eca11f
Langkah ketiga adalah menyediakan dokumen-dokumen sokongan:-
1. Bawa borang visa yang telah diisi dan dicetak
2. Bawa salinan pasport butiran muka hadapan
3. Bawa pasport asal dengan tarikh sah pasport 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia dan
mempunyai sekurang-kurangnya 2 muka surat kosong di bahagian belakang pasport
4. 2 keping gambar pasport berlatar-belakangkan warna putih
5. Salinan tiket penerbangan pergi dan balik
6. Salinan tempahan tempat penginapan (hotel, asrama, rumah tumpangan dan
sebagainya) atau mengisi terus maklumat penginapan dalam borang permohonan visa
7. Salinan surat beranak (untuk anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun)
Langkah keempat adalah membawa kesemua dokumen untuk permohonan visa ke alamat berikut:-
Chinese Visa Application Service Centre Kuala Lumpur
Tingkat 5 (permohonan) / Tingkat 6 (Kutipan)
Hampshire Place Office
Jalan Mayang Sari
50450 Kuala Lumpur
Waktu urusan (permohonan) : Isnin hingga Jumaat (9.00am hingga 3.00pm)
Waktu urusan (Kutipan) : Isnin hingga Jumaat (9.00am hingga 4.00pm)
Bayaran permohonan visa ditentukan oleh jenis visa yang dipohon dan siap dalam masa 4 hari. Anda boleh juga memohon proses visa dalam masa 3 atau 2 hari dengan bayaran tambahan.
Jadual Bayaran Visa ke China (berkuatkuasa 1 Jun 2018)
https://www.visaforchina.org/KUL_EN/yyxz/264516.shtml
Warganegara
|
Jenis Visa
|
Jumlah Bayaran
/Seorang (RM)
|
||
Biasa
(4 hari bekerja)
|
Ekspres
(3 hari bekerja)
|
Paling
pantas
(2 hari bekerja)
|
||
Sekali
masuk
|
100
|
235
|
310
|
|
Dua
kali masuk
|
120
|
255
|
330
|
|
Malaysia
|
Beberapa
kali masuk
(tempoh
masa 6 bulan)
|
150
|
285
|
360
|
Beberapa
kali masuk
(tempoh
masa 12 bulan)
|
190
|
325
|
400
|
No comments:
Post a Comment