Wah! Susah benar memilih agensi pelancongan. Agensi pelancongan yang
manakah yang patut dipilih? Mungkin inilah kata-kata yang sering bermain-main
di kotak minda kita apabila tiba masa dan waktu yang sesuai untuk kita 'makan
angin' sama ada di dalam atau di luar negara.
Bagaimana memilih agensi pelancongan yang tepat bagi mengendalikan
percutian anda? Sebanyak 6598 agensi pelancongan yang berdaftar dengan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Budaya Malaysia direkodkan sehingga ke hari ini. Saya berikan sedikit tip untuk anda dalam membuat pilihan yang
tepat.
1. Senaraikan beberapa
agensi pelancongan, buat sedikit penyelidikan latar belakang syarikat
di dalam talian
2 Pilih syarikat yang berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan telah berpengalaman
mengendalikan grup pelancong-pelancong tempatan. Anda boleh melayari laman
web agensi-agensi pelancongan ini bagi menyemak
aktiviti syarikat. Ini juga menjimatkan masa kerana anda tidak perlu
pergi ke setiap premis agensi pelancongan bagi mendapatkan maklumat setiap
syarikat.
3. Semak ulasan atau
maklumbalas dalam ruangan ulasan di laman web agensi pelancongan terbabit.
Anda perlu memilih syarikat yang mempunyai ulasan dan
reputasi yang positif supaya anda yakin sepenuhnya dan mengambil iktibar dari pengalaman orang lain yang pernah mengikuti pakej-pakej pelancongan agensi pelancongan tersebut sebelum ini.
4. Teliti
tawaran dalam pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan. Bandingkan itinerari atau program
lawatan, harga dan servis tambahan yang disediakan.
Sebenarnya, harga sesebuah pakej pelancongan ditentukan oleh jenis
penerbangan, taraf dan lokasi hotel penginapan,
jenis pengangkutan sama ada bas persiaran, van persiaran
atau pengangkutan awam yang digunakan, restoran dan makanan yang
disediakan, tempat-tempat lawatan yang percuma atau
berbayar, jangkamasa lawatan, harga insurans yang ditetapkan
mengikut pelan-pelan yang dipilih dan tip pemandu pelancong
tempatan yang dikenakan untuk servis mereka sepanjang lawatan.
5. Pilih
agensi pelancongan yang stabil dan mempunyai status kewangan
yang kukuh supaya sekiranya sebarang masalah atau kejadian yang di luar
jangkaan berlaku seperti pembatalan penerbangan atas sebab cuaca
buruk atau masalah teknikal, syarikat pelanongan ini akan bertanggungjawab
sepenuhnya menyediakan pengangkutan,penginapan,
aktiviti dan makan-minum tambahan untuk bilangan jam atau
hari-hari yang ditambah.
Akhir sekali, dengan semua maklumat yang diperolehi, seelok-eloknya anda
menghadiri Pameran Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA
Fair) pada bulan Mac dan September di PWTC, Kuala Lumpur. Selalunya,
berbagai promosi, diskaun dan tawaran menarik ditawarkan sekiranya mendaftar
semasa berlangsungnya MATTA Fair. Ia juga adalah peluang untuk
berjumpa secara bersemuka dengan pegawai-pegawai dari agensi-agensi pelancongan
yang terlibat bagi mendapatkan maklumat tambahan dan kepastian sebelum membuat
sebarang keputusan.
No comments:
Post a Comment